Organisasi Schlumberger Business Consulting

Organisasi SBC tertumpu pada 5 kepakaran utama: strategi, organisasi dan pengurusan bakat, pemulihan operasi, pengurusan teknologi dan pengurusan penggabungan dan pembelian, berserta integrasi selepas pembelian. Pengstrukturan geografi adalah berdasarkan kawasan (Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, dan Asia), yang mana setiap satunya diuruskan oleh seorang pengarah. Kumpulan kerja tidak distrukturkan mengikut negara, sebaliknya perunding dikehendaki berkhidmat untuk pelanggan atas permintaan global, memenuhi keperluan di kawasan sendiri di samping turut membantu kumpulan kerja di kawasan lain.